Tuesday, August 18, 2009

hakikatnya...

Dalam era pembangunan ekonomi islam, ramai yang tidak sedar akan peranan dan tanggungjawab umat islam dalam menentukan pembentukan ekonomi islam di malaysia.

Dalam ekonomi islam, keuntungan bagi semua pihak dan semestinya tiada penindasan adalah matlamat utama.

Malangnya sekarang, ramai umat islam yang masih tidak tahu pelbagai alternatif untuk mengelakkan rakyat dari terus terjebak dalam riba, judi dan sebagainya, yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat.

Lebih malang lagi, umat islam itu sendiri tidak mahu mengikut panduan yang telah ditetapkan dalam Alquran dan Sunnah.

Banyak perkara yang kita selalu ambil mudah sebagai contoh insuran kereta, life insuran, loan bank dari bank konvensional, dan banyak lagi. Tetapi, ia melibatkan riba, judi, dan maisir.

Kita ambil peduli tentang pendapatan yang kita dapat iaitu mesti halal, tapi bagaimana pula cara kita membelanjakan gaji yang kita dapat? Adakah kita membelanjakan cara yang halal?

Semestinya kita tidak akan berjudi, membeli arak, memberi pinjaman kepada kawan dengan meletakkan bunga.

Bagaimana pula dengan insuran kereta anda? Kereta ibu bapa anda?

Berikut adalah Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.
http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=96

Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;

a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
b. Mengandungi unsur judi.
c. Mengandungi muamalah riba.


Dan " Si pemberi (riba) dan si pengambil Riba adalah sama" ( Riwayat Muslim )

Dan “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.

Zahir ayat ini juga membayangkan peperangan itu juga berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi seseorang dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini

Dan “Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah” ( Al-Baqarah : 276)

Dan “ Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

Dan “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )

Dan “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Ertinya : Dan dihalalkan jual beli dan diharamkan riba ( Al-Baqarah : 275)

Adakah anda mahu membiarkan anda dan keluarga anda?
Tepuk dada, tanya iman di hati..
Mahu atau tidak, inilah hakikatnya.....



0 ulasan:

Post a Comment